Latar Belakang eNORES

Sistem Bersepadu Pengurusan Pekerja Bukan Pemastautin (eNORES) merupakan satu platform atas talian yang diwujudkan bertujuan untuk:

  1. Membolehkan majikan memberikan notis dan maklumat-maklumat berkaitan penggajian kepada Pengarah Tenaga Kerja Sabah selaras dengan peruntukan seksyen 59A Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)
  2. Memudahkan pengurusan Pekerja Bukan Pemastautin di Sabah bagi majikan/agensi pekerjaan swasta mengemukakan:- Permohonan Perakuan Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin Permohonan Lesen untuk menggaji Pekerja Bukan Pemastautin Maklumat dan penyata Pekerja Bukan Pemastautin Maklumat Penghantaran Pulang Pekerja Bukan Pemastautin Permohonan Lantikan Agensi Pekerjaan Swasta
  3. Permohonan Lesen Agensi Pekerjaan Swasta (APS)

Proses Punca Kuasa

Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) & Kaedah-kaedah di bawahnya

Menjadi kewajipan mana-mana orang atau majikan untuk memberi notis bertulis atau maklumat-maklumat berkaitan penggajian kepada Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan dalam tempoh 90 hari selaras dengan peruntukan seksyen 59A Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) melibatkan perkara berikut :

i.Menjalankan apa-apa perusahaan pertanian atau perusahaan atau mana-mana perbadanan di mana apa-apa perdagangan, tred, profesion atau perniagaan dijalankan, atau
ii.Untuk mengambil alih atau memulakan perniagaan dalam perusahaan atau perbadanan tersebut; atau
iii.Untuk menukar nama atau lokasi perusahaan atau perbadanan tersebut



Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin, di bawah Chapter XIVA Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)


Tafsiran ‘Pekerja Bukan Pemastautin’

“any person who does not belong to Sabah as provided for in Section 71 of the Immigration Act 1959/1963”. Seksyen 2 (1), Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)

Tafsiran “person to be treated as belong to East Malaysian State”. Seksyen 71, Akta Imigresen 1959/1963.


Tanggungjawab Majikan berkaitan Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin

i.Merujuk kepada peruntukkan Seksyen 118, Mana-mana orang adalah dikehendaki mempunyai Lesen Untuk Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin, sebelum mengambil Pekerja Bukan Pemastautin. Lesen tersebut hendaklah dipohon dari Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran, dengan menggunakan dan menyertakan dokumen-dokumen yang berkaitan.
ii.Majikan yang menggaji Pekerja Bukan Pemastautin hendaklah mengemukakan maklumat dan penyata pekerja ke Jabatan Tenaga Kerja dalam tempoh empat belas (14) hari daripada mula penggajian, sebagaimana peuntukkan Seksyen 118A.
iii. Majikan adalah dilarang untuk memberhentikan pekerja pemastautin dengan menggantikannya dengan pekerja bukan pemastautin, Seksyen 118C.
iv. Apabila terdapat keperluan untuk mengurangkan pekerja berikutan kelebihan pekerja, majikan hendaklah memberhentikan pekerja bukan pemastautin terlebih dahulu , Seksyen 118D.

Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 & peraturan2 dibawahnya


Mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti “merekrut” termasuk aktiviti pengiklanan, sebagai pengantara antara majikan dan pencari kerja untuk:

i.Menawarkan untuk mencari pekerjaan, menawarkan suatu pekerjaan atau mendapatkan pekerjaan, bagi seseorang pencari kerja; atau
ii.Menawarkan untuk mencari pekerja, menawarkan pekerja atau mendapatkan pekerja, bagi seseorang majikan.

Adalah menjadi kewajipan untuk mendapatkan Lesen Agensi Pekerjaan Swasta di bawah seksyen 7 Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 daripada Jabatan Tenaga Kerja Sabah sebelum menjalankan aktiviti “merekrut