Agensi Pekerjaan Swasta (APS)


Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 [Akta 246] adalah akta yang bertujuan untuk mengawal aktiviti agensi pekerjaan swasta (APS) di Sabah. Akta ini mengkehendaki mana-mana orang yang menjalankan aktiviti APS adalah wajib berlesen sebagai APS yang sah dan perjalanan aktiviti-aktiviti tersebut perlu mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.