Latar Belakang eNORES

Sistem Bersepadu Pengurusan Pekerja Bukan Pemastautin (eNORES) merupakan satu platform dalam talian yang diwujudkan bertujuan untuk:

1.Membolehkan majikan memberikan notis dan maklumat-maklumat berkaitan penggajian kepada Pengarah Tenaga Kerja Sabah selaras dengan peruntukan seksyen 59A Ordinan Buruh (Sabah Bab 67).
2.Memudahkan pengurusan Pekerja Bukan Pemastautin di Sabah bagi majikan/agensi pekerjaan swasta mengemukakan:-
i.Permohonan Kuota Pekerja Bukan Pemastautin (Pekerja Asing)
ii.Permohonan Lesen Untuk Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin
iii.Maklumat Pekerja Bukan Pemastautin yang digaji
iv.Maklumat Penghantaran Pulang Pekerja Bukan Pemastautin
v.Permohonan Lantikan Agensi Pekerjaan Swasta.